Tuesday, July 31, 2007

Konsep Sejarah

Penjepunan
-Penjepunan ialah menanamkan rasa taat setia kepada maharaja Jepun tanpa berbelah bahagi.
-Untuk melaksanakannya Jepun mengharamkan bahasa pengantar inggeris dan cina.

Kempetai
-Polis tentera yang bertugas sebagai pengintip.
-Agen Jepun bagi menjaga keamanan negara
Terkenal dengan kezaliman dan kekejaman

CMDN
[cukup makan dalam negeri]
-Jepun menekankan dasar ke arah pengeluaran petanian padi untuk cukupkan makan dalam negeri.
-Jepun memperkenalkan padi Taiwan suapaya penanam padi 2 kali dalam setahun

MPAJA
-Malayan People’s Anti Japanese Army (bintang tiga)
-Orang cina yang militan dengan komunis
-Undur ke hutan untuk melancarkan serangan gerila
-Berkuasa selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah.(sebelum British sampai ke Tanah Melayu)
-Mengambil alih penguasaan balai polis untuk undang-undang sendiri

Force 136
-Markas
-Sri Lanka(Ceylon)
-India
-Ketua
-Richard Brome
-John Davis
-Tengku Mahmud Mahyiddeen
- Force 136 dibantu oleh Persatuan Melayu Pahang
(wataniah) untuk menentang Jepun.
Berpecah kepada kumpulan kecil dan
bersembunyi di dalam hutan.
Dasar Bumi Hangus

- Berlaku di Sarawak
- Apabila yang mempertahankan Sarawak terdiri
daripada pasukan tempatan ( tidak bercorak
ketenteraan) dan unit bantuan pertahanan British
serta Regimen Punjabi yang bilangannya kecil dan
kelengkapan perang tidak lengkap berbanding
dengan tentera Jepun.
- Contoh:
- British telah memusnahkan lombong minyak di - Lutong dan Miri sebelum mereka menyerah
kalah.

Double Tenth
- Merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh
Gerila Kinabalu (Sabah) terhadap Jepun
- Ketua:
-Musa
-Karom
-Albert Kwok

Malayan Union
- Sistem pemerintahan baru British selepas
Pentadbiran Tentera British(BMA) dibubarkan.
- Untuk menubuhkannya British menghantar Mac
Michael untuk mendapatkan persetujuan Sultan
dengan mengugut.
- Pentadbiran Malayan Union


-Malayan Union di tentang oleh rakyat.
Jus Soli
-Jus Soli ialah kewarganeraan yang diberikan oleh British kepada orang bukan melayu.
-Ini untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk untuk membentuk Malayan Union.


Umno
- Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)
- Tujuan penubuhan ialah untuk menyatukan orang
melayu untuk menentang Malayan Union
- Ketua Dato’ Onn bin Ja’afar
- Ditubuh kan selepas keputusan dan ketetapan
Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan di
Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur.

Rancangan Briggs
-Rancangan Sir Henry Gurney (1950)
-pengarah Operasi left Sir Harold Rowdon Briggs
-tujuan penubuhan rancangan ini:
menyelamatkan mereka daripada diugut oleh Min Yuen untuk memberikan makanan dan maklumat
-tindakan
1-memindahkan penduduk Cina dari kawasan terpencil dan menempatkan mereka dikawasan penempatan semula atau kampung baru
2- penduduk diberi banyak kemudahan seperti
-pendidikan
-perkhidmatan dan kesihatan
-tempat tinggal
-bekalan elektrik dan air paip
3- gerakan kelaparan
-sema anggota menjalankan kawalan rapi supaya bahan makanan, ubat, pakaian, dan senjata tidak dihantar ke komunis.
-melibatkan kerjasama pegawai perkhidmatan awam dan polis serta tentera
-sekatan² jalanraya turut diadakan untuk menghalang bantuan komunis
-kad pengenalan dikeluarkan sebagai cara mengawal pergerakan mereka
-hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang tertentu sahaja.
Akibat
-komunis terpaksa berpindah-randah dan ramai komunis telah dibunuh. Semangat komunis menjadi lemah. Sungguhpun begitu, komunis telah berjaya membunuh sir henry gurney. Ini kerana beliaulah yang mencadangkan rancangan Briggs

Kampung Baru
Kawasan yang dipagar dengan kawat berduri serta dikawal
Semua penduduk Cina dipindahkan disini
Jumlah penduduk 470509 orang ditempatkan di 440buah kampung baru
Turut dibantu oleh MCA

Perang saraf

Kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunis

Masalah
-menghapuskan komunis
-masalah perkauman (masalah besar)
Semasa Henry Gurney
-tindakan
-mengadakan kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunis.melibatkan 500 000 orang. Kempen ini mengutuk keganasan komunis dan membakar patung
-telah menubuhkan jawatankuasa perhubungan antara kaum
*terdiri daripada pelbagai kaum DOJ, EEC Thuraisinghamdan Tan Cheng Lock
-beliau telah menggalakkan penubuhan parti politik cina untuk mengurangkan sokongan orang cina kepada PKM.
*sewaktu itu parti politik Cina ialah MCA

Sir Gerald Templer
Tindakan
-menawarkan hadiah bagi sesiapa yang membunuh komunis
*tawaran penangkapan Chin Peng $250 000
-menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk memburu komunis.
-Sept 1952, beliau mengishtiharkan kawasan putih pertama di Melaka
-kerajaan telah membuat pindaan syarat² kewarganegaraan
*membolehkan 120 000orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara persekutuan tanah melayu.
-semua jenis sekolah seberapa boleh hendaklah diseragamkan dari segi pentadbiran dan mata pelajaran
Kesan
-Templer tidak mendapat sokongan daripada rakyat. 1954 Sir Gerald Templer meninggalkan TM apabila didapati cita² PKM gagal. Beliau telah diganti oleh Sir Donald McGillivary. Johor dan Pahang masih dianggap kawasan hitam

Kawansan Putih
Kawasan yang bebas dari komunis
-kawasan hitam ialah kawasan yang belum bebas dari ancaman komunis

Rundingan Baling
PKM meminta rundingan pendamaian bagi mencari jalan supaya PKM diterima bergiat dalam partio politik secara sah.
Parti Perikatan mengeluarkan penawaran pengampunan beramai² kepada pengganas komunis
- mereka yang menyerah diri tidak akan dihukum
- mereka dan ikhlas dan taat pada negara akan dibebaskan
- sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka
- sesiapa yang ingin pulang ke China akan dipertimbangkan

Rundingan
- berlaku di Baling Kedah 28 – 29 Dec 1955
- Chen Tien ( PKM) mengaturkan pertemuan dengan TAR
- Cdhin Peng (PKM) , TAR, David Marshall ketua menteri Singapura, Tan Cheng Lock, Rashid Mashideen, Chen Tien hadir
- Chin Peng menolak tawaran TAR kerana
*PKM tidak dibenarkan bergiat sebagai sebuah parti yang sah
*menolak keras syarat yang mahu kesetiaan PKM disiasat terlebih dahulu
- TAR tarik balik tawaran itu tetapi sentiasa bersedia berunding dengan PKM

Selepas dan Kesan Keganasan Komunis

Komunis lumpuh
-12 tahun pemerintahan darurat dikenakan
*11 000 nyawa telah terkorban
*2 500 orang awam menjadi mangsa komunis

J/K Barnes dan Fenn-WU
Pengerusi
L. J Barnes (Pakar Pendidikan British)

Laporan Barnes
- 1 jenis sekolah peringkat rendah untuk
semua pelajar
- sukatan pelajaran hendaklah disamakan
- bahasa penghantar yang dicadangkan untuk
sekolah rendah (Bi & BM)
- BI untuk peringkat menengah
- diterbitkan pada pertengahan tahun 1951

JHAK (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum)
- ditubuhkan pada awal tahun 1949
tujuan
- mengatasi masalah hubungan antara kaum
- supaya pemimpin² daripada pelbagai kaum dpt berjumpa dan berbincang bersama tentang masalah yang mereka hadapi supaya jalan penyelesaian ke arah perpaduan dapat dicapai
ahli
- 15 orang anggota yang merupakan tokoh
penting daripada kaum masing²
- orang Cina terdiri daripada ahli MCA
- orang Melayu terdiri daripada ahli UMNO

Sistem Ahli - Jemaah Menteri [sekarang]
- diperkenalkan pada April 1951
kandungan sistem
- beberapa Jabatan Kerajaan diletakkan
dibawah kawalan ahli Majlis Undangan
Persekutuan
- Setengah daripada Jabatan ini ditadbiroleh
pentadbir penjajah yang menganggotai
Majlis tersebut
- jabatan lain ditadbir beberapa tokoh politik
termasuk Dato Onn Jaafar

- Pada tahun 1954 bilangan jabatan dibawah
kawalan ahli Majlis bertambah
- Kebanyakan daripada jabatan itu ditadbir
oleh tokoh setempat
melalui system ini
-tokoh² politik diberi peluang
bertanggungjawab dan menggunakan kuasa
politik dalam bidang tertentu
- tokoh² ini dipilih menganggotai sistem ini
terdri daripada semua kaum

Pilihanraya
Majlis Bandaran (1951-1952)
> Georgetown, P. Pinang (Dis 1951), Kuala
Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan
seremban (spjg. 1952)
Peringkat Negeri (1954)

Pilihanraya Umum (1955)

akibat
pertubuhan IMP dan NAGARA dipimpin oleh (Dato Onn Jaafar)
IMP - Independence For Malaya Party

penubuhan
- Dato Onn Jaafar menubuhkan IMP pada September 1951

tujuan
- menuntut pilihanraya Umum 1955
- Tanah Melayu mesti mencapai
kemerdekaan 1961
- banyak rancangan pembaharuan dalam
bidang politik, ekonomi dan social
dibentangkan
- Proses menggantikan pegawai2 British
dengang orang tempatan dalam
pentadbirang
@ Malayanisasi juga dirancang
- Singapura dicadang bargabung dengan P.
T/M yang merdeka

- Keputusan pilihanraya 1942 di Kuala
Lumpur menunjukkan bahawa IMP
tidak disokong oleh kebanyakan pengundi
Cina
- Disebabkan MCA cawangan Selangor telah
berpakat dengan Umno dalam
pilihanraya itu
- Hubungan dato Onn Jaafar dan Tan Chenn
Lock renggang
- Akhir tahun 1953 IMP dibubarkan
- Bulan Februari 1954 Dato Onn Jaafar
menubuhkan Parti NAGARA

MALAYANISASI
proses menggantikan pegawai² British dengan orang tempatan dalam bidang pentadbiran
Rundingan Kebangsaan (DOJ)

- April (1953) Dato Onn Jaafar menjemput
semua pertubuhan politik
- bagi membincangkan langkah² ke arah
kemerdekaan

- setelah 2 kali berhimpun (April & Sept 1953) 2 usul dikemukakan
- 1/2 anggota Majlis Undangan Persekutuan
yang baru hendaklah terdiri daripada wakil
rakyat
- adakan pilihanraya umum pertama pada
tahun 1956

Konvensyen Kebangsaan

- mendesak supaya pilihanraya umum yang
pertama diadakan pada 1954
- konvensyen telah mendapat sambutan baik
dari orang ramai
Perlembagaan

- istilah untuk undang² yang menetukan
bagaimana caranya sebuah pertubuhan @
organisasi dikendalikan


Suruhanjaya Reid

- ditubuhkan untuk perlembagaan baru
pada mac 1950
ahli
- Lord Reid
- Sir Ivor Jennings
- William Mckel
- Hakim b. Malik

tujuan
- menggubal perlembagaan baru bagi
Tanah Melayu (yang akan merdeka)
- Prinsip demokrasi berparlimen
menjamin kedudukan dan Martabat
orang melayu
- menjaga hak dan kepentingan orang
melayu
cadangan
- Tanah Melayu diketuai oleh raja
- Demokrasi berparlimen diamalkan
- Raja² melayu kekal sebagai ketua di
negari masing2
- Pulau Pinang dan Melaka (negeri tidak
berRaja) diketuai oleh Yg. di-Pertuan
Agong

pindaan
- Agama Islam sebagai agama rasmi
- Bm dan BI sahaja boleh digunakan
dalam Majlis Perundangan
- Hak keistimewaan orang Melayu
dipertimbangkan semula atas arahan
Yang diPertuan Agong
#Zawir, Amar, Rushdi, Syafiq


Majlis tempatan [Sabah]

Yang pertama ditubuhkan di Kota Belud
Bertugas mengendalikan:
Kesihatan
Kewangan
Pendidikan
Pertanian & ternakan
Bekalan air & elektrik
3. Diperkenal pada tahun 1952.
4. Namanya telah ditukar kepada Majlis Daerah pada tahun 1960.
5. Majlis Daerah tidak berfungsi sebagai badan penggubal undang-undang.
6. Pada tahun 1962 pilihanraya diadakan secara tidak langsung dalam Majlis Undangan.
7. Penjajahan British di Sabah lebih luas dan menyeluruh berbanding Sarawak.
Majlis tempatan [Sarawak]
1. Tugas utama:
· Mengawal perbelanjaan di kawasannya.
· Mengurus pungutan cukai.
· Mengurus pendidikan rendah.
2. Tujuan:
· Menambah bilangan ahli dalam Majlis Negeri[ menjadi 45 org ahli] dan Majlis Tertinggi [menjadi 10 org ahli].
3. Majlis Tempatan yang dibentuk pada tahun 1947 menandakan langkah kea rah berkerajaan sendiri di Sarawak
4. Penduduk tempatan berpeluang mendapat latihan dan pengalaman melalui MAJLIS TEMPATAN yang ditubuhkan oleh kerajaan British.
5. Pilihan Raya Majlis Daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching pada tahun 1956
6. pada tahun 1956, Perlembagaan baru diperkenalkan dan diperkuatkuasa pada 1 April 1957
7. Perlembagaan ini dikekalkan sehingga Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963


GERAKAN ANTI PENYERAHAN
Persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kpd kerajaan British ialah:
PKMS
PPM
PDS
BPS
Persatuan-persatuan tersebut bergerak aktif di
Sarawak pada 1940-an
Penentangan diketuai oleh Datu Patinggi Abang
Haji Abdillah
Golongan penentang mahu keluarga Brooke memerintah Sarawak supaya mereka dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah
Mereka ingin mempertahankan hak istimewa orang Melayu
Mereka menghantar surat bantahan dan telegram
kepada kerajaan British tetapi tidak mendapat perhatian.
PKMS mengadakan tunjuk perasaan mendesak
British berundur dari Sarawak.
Tunjuk perasaan yang terbesar diadakan semasa upacara pelantikan gabenor yang pertama di Kuching.
Tunjuk perasaan diadakan pada 1 julai setiap tahun bersempena dengan tarikh penyerahan
Sarawak kepada British
Pada 1 Julai 1947 satu tunjuk perasaan dijalankan oleh PKMS dan PDS
Pihak British mendapati pemimpin anti-penyerahan terdiri daripada kakitangan kerajaan dan guru-guru.

PEKELILING NO.9
Cara penentangan yang ke4
British mengeluarkan pekeliling ini pada bulan Disember1946.
Tujuan: Meminta kakitangan kerajaan supaya setia dan tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan
Kesan: Sebanyak 338 kakitangan kerajaan meletak jawatan akibat tidak bersetuju dengan keputusan British.
Kebanyakan kakitangan kerajaan yang meletakkan jawatan ialah guru. Akibatnya 22 sekolah melayu terpaksa ditutup.

RUKUN 13
Ditubuhkan oleh golongan pemuda PPM Sibu.
Satu kumpulan sulit
Kumpulan ini berasa kecewa kerana bantahan secara lembut tidak dihiraukan malahan mereka terus dihina dalam ucapan rasmi.
Ahli-ahlinya bersumpah akan menghapuskan pemimpin dan pegawai yang menyokong penyerahan
Pada 3 Disember 1949, Rosli Dhobie telah menikam Gabenor Duncan Stewart
British telah menghukum gantung sampai mati ke atas empat orang yang terlibat dalam kumpulan ini dan memenjarakan 15 orang.
Tindakan keras British telah melumpuhkan gerakan antipenyerahan.
Persatuan ini boleh bergerak melalui persatuan sosial dan agama


Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.
Tujuan: Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan rakyat Sarawak.
Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Cina. Mereka terlibat dalam perniagaan dan perdagangan
Ahli-ahli SUPP menentang gagasan Malaysia kerana khuatir ekonomi meeka akan terjejas

Gagasan Malaysia
Ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963
Faktor Penubuhan Malaysia:
Menyekat ancaman komunis.
Mempercepat proses kemerdekaan
Keseimbangan kaum
Memajukan ekonomi
o Dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
o Reaksi Singapura: Parti PETIR menyambut baik gagasan Malaysia
o Reaksi Brunei: Parti Rakyat di Brunei di bawah AM. Azahari melancarkan pemberontakan.
o Reaksi Indonesia: Presiden Sukamo melancarkan dasar konfrontasi
o Reaksi Filipina: Filipina menentang penubuhan Malaysia kerana tuntutannya terhadap Sabah.
o Reaksi Sabah dan Sarawak: Pada mulanya, pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia kerana mereka kurang memahami konsep Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak akhirnya bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
o Di Sabah: Parti Kebangsaan Sabah Bersatu berpendapat bahawa perkembangan ekonomi dan kestabilan politik terjamin dengan gagasan Malaysia.
o Di Sarawak: Berpendapat bahawa taraf pendidikan, ekonomi dan politik bumiputera dapat dipertingkatkan melalui gagasan Malaysia.


PERLEMBAGAAN 1941
Asas untuk mentadbir Sarawak
Menurut perlembagaan mempunyai dua majlis iaitu majlis negeri dan majlis tertinggi
Majlis negeri terdiri daripada 25 ahli(14 ahli rasmi dan 11 ahli tidak rasmi) yang berkuasa untuk membentuk undang-undang dan kuasa kewangan
Ahli rasmi terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan awam manakala ahli tidak rasmi dilantik oleh pemerintah bagi melindungi penduduk
Ahli majlis tertinggi juga terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan ahli majlis negeri
Majlis tertinggi sekurang-kurangnya mempunyai 5 orang ahli untuk berunding dengan gabenor mengenai pentadbiran
Gabenor Sarawak pertama ialah Sir Charles Arden-Brooke

Renungan Sejenak

RAJIN BELAJAR, MALAS BELAJAR
Kena buli
MALAS BELAJAR, RAJIN BERCAKAP
Wayang Cina
MALAS BELAJAR, MALAS BERCAKAP
Tak guna
MALAS BELAJAR, SUKA MENGADU
Langau
MALAS BELAJAR, SELALU PONTENG
Lebih baik behenti
MALAS BELAJAR, SUKA TERMENUNG
Lebih baik mati
MALAS BELAJAR, RAJIN MENGADU
Kaki bodek
RAJIN BELAJAR, RAJIN BERCAKAP
BAGUS

Kaedah Penggunaan Buku Teks Yang Berkesan

Tumpuan kertas kerja ini membincangkan kaedah penggunaan buku teks yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu.

Perbincangan secara umum difokuskan kepada aspek yang berkaitan dengan konsep umum buku teks, kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah dan jenis aktiviti yang digunakan.

Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu murid lemah dalam pembelajaran. Seseorang guru Sejarah bertanggungjawab memastikan murid lemah memahami dan menguasai pelajaran Sejarah pada peringkat keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki.

2. Kaitan Buku Teks Dengan Pembelajaran Murid Lemah

Buku teks Sejarah dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak yang terpenting digunakan sebagai bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid di sekolah menengah atas (SMA) iaitu murid Tingkatan IV dan Tingkatan V. Buku teks ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM yang baru dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks Sejarah mengekalkan Kesepaduan unsur pengetahuan sejarah, pemupukan nilai-nilai murni, patriotisme dan kemahiran belajar.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi 10 bab yang merangkumi 3 tema iaitu tema 7 (Tamadun Awal Manusia), tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya) dan tema 9 (Perkembangan Di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara)

Buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 9 bab yang merangkumi tiga tema iaitu tema 10 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua), tema 11 (Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat) dan tema 12 (Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa)

Murid lemah ialah golongan yang mempunyai kurang keupayaan dalam aspek mental, fizikal dan emosi pada tahap tertentu berbanding murid normal yang berada pada tahap purata perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor mereka. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan dan menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru, buku teks mempunyai pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar.

3. Kelebihan Buku Teks Sejarah

Mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran.

meringkas dan merumuskan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang.

membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.

menyediakan sumber maklumat yang seragam untuk semua murid.

memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

menyertakan gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.

menyertakan lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan soalan terancang.

meringankan beban guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

4. Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Satu aspek yang dipertimbangkan dalam penggunaan buku teks yang berkesan dalam pembelajaran murid lemah ialah tahap kebolehbacaan. Murid lemah sukar memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka.

Seseorang guru Sejarah harus bijak memilih bahan yang sesuai dalam buku teks untuk murid lemah dan seterusnya dapat digunakan dengan berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari. Guru Sejarah perlu memilih isi yang penting, menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami ketika menerangkan dan menguji tahap kefahaman murid melalui lembaran kerja yang disediakan. Buku teks dan lembaran kerja ini boleh digunakan di dalam dan di luar bilik darjah

Guru Sejarah perlu mendidik murid cara menyusun maklumat dan berfikir secara sistematis dalam mengisi petak lembaran kerja yang disediakan. Melalui lembaran kerja yang disediakan murid dapat mencari dan mengingat maklumat penting daripada buku teks dengan mudah. Buku teks Sejarah boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran.

5. Teknik Penggunaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah berkesan, guru wajar menitikberatkan perkara berikut:

· Peta konsep

· Kemahiran berfikir kritis dan kreatif

· Kecerdasan pelbagai

· Unsur dan nilai patriotisme

· Kemahiran teknologi komunikasi maklumat

· Penggunaan bahan grafik

· Maklumat tambahan

· Pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovtif

· Latihan-latihan

Pada peringkat awal P&P guru wajar memberi gambaran keseluruhan (Big Picture) mengenai bab yang akan diajar dengan berpandukan peta konsep yang terdapat pada awal bab buku teks. (Rujuk buku teks sejarah ms 1, ms 37, ms 71)

Guru seterusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi yang sesuai berasaskan buku teks. Bahan-bahan grafik seperti gambar, peta, carta, jadual dan gambarajah perlu digunakan secara maksimum di dalam pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat dan tumpuan murid. Gerak kerja yang bersesuaian dengan pedagogi yang digunakan boleh dilaksanakan bersama. Guru boleh membuat rumusan dengan pelbagai cara berpandukan buku teks.

Kesilapan Pelajar dan Cara Mengatasi

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.

Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.

Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.

Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.

Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.

Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.

Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari.

Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.

Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten.

Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam

Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari.

Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.

Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.

Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.

Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.

* Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab

* Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.

* Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca

* Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.

* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran

* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda

* Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah

Strategi Berkesan Belajar Sejarah

Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. Guru dan calon PMR perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:

1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)

1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)

1.3. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks).

Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.


Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.

Tinjau
Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:

a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini

b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan

c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu

Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. Tingkatan III. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6.

Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air

Tema 6 : Pembentukan Persekutuan Malaysia

Tema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu:

Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan

Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah

Bab 7: Malaysia yang Berdaulat


Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh

Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu

Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan

Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon

Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan

Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan

Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab
Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.

Tanya

Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:

Apa ? = Peristiwa Sejarah

Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah

Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah

Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian

Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah

Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah

Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.


Membaca

Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.

Panggil Kembali

Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat.

Lihat Semula

Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.

Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR

Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:


Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab

1. Konsep / istilah sejarah
2. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan
3. Kesan peristiwa sejarah
3. Kronologi / urutan peristiwa
4. Tokoh dalam sejarah
5. Perjanjian penting dalam sejarah
6. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah

Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah. Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa, puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan.


( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah

Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.


Contohnya takrif kata ‘feudal’, ‘imperialis’ (hlm : 87), ‘kader’, ‘kegiatan PKM’ (hlm : 88), ‘Baju Hijau’, ‘Home Guard’, ‘Special Constable’ (hlm : 93), ‘Min Yuen’, ‘Rancangan Briggs’, ‘Kampung Baru’, (hlm : 94), ‘Gerakan Kelaparan’, (hlm : 95), ‘Perang Saraf’ (hlm : 98), ‘Kawasan Hitam’, ‘Kawasan Putih’, ‘Perintah Berkurung’ (hlm : 100), ‘Pertemuan Baling’, (hlm : 104), dan ‘Community Liaison Committee’ (CLC) . Rujuk takrif kata yang disediakan. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks.

Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.

( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh

Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.

Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.

( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah

Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep.

Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.

( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik

Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.

( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti

a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun. Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR.

( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah

Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Contohnya:

‘Penubuhan pasukan ‘Home Guard’ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.’

Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks.

Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR 2005, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Akhir kata, Selamat Belajar.

Soalan Kemahiran Berfikir

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan banyak penekanan terhadap aspek Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran pada semua peringkat di sekolah. Pemikiran Kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, membuat kesimpulan atau keputusan dengan bijak secara kreatif melalui menjana minda. Kemahiran Berfikir merupakan asas dalam strategi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir digunakan secara bersepadu dalam Buku Panduan Guru (BPG) untuk memandu guru dan murid memahami kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan III. Kemahiran ini digunakan oleh guru dan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Yang disediakan dalam latihan.

Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah PMR. Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah PMR

i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah
ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah
iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi
iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada
vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti
vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap
viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa
ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini

Contoh : Lihat kandungan teks di hlm. 94 – 103.

Persamaan dan Perbezaaan Antara rancangan Briggs dengan Perang Saraf

Persamaan
(a) Membanteras kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu
(b) Dilaksanakan semasa Darurat di Tanah Melayu
(c) Berjaya mencapai matlamat

Rancangan Briggs
Perbezaan
Perang Saraf
(a) 1950
Tarikh
(a) 1951
(b) Sir Harold Rowdon Briggs

Pengasas
(b) Sir Gerald Templer
(c) Menghalang bekalan makanan dan ubatan supaya tidak jatuh ketangan pengganas komunis

Matlamat penubuhan
(c) Menawan hati dan fikiran rakyat supaya menyokong kerajaan membanteras pengganas komunis
Menguntungkan kaum bukan Melayu – penempatan setinggan Cina secara bersistematik

Rumusan
Menguntungkan kaum bukan Melayu – Pemberian pelonggaran syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu


(a) Menyoal punca sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah

Pada tahun 1910 George Maxwell dilantik sebagai Penasihat British di Kedah.
Apakah puca konflik antara beliau dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri Kedah?

A Beliau menyingkirkan Tunku Mahmud
B Beliau memperkenalkan budaya Barat
C Beliau menubuhkan jawatankuasa pentadbiran
D Tunku Mahmud enggan menerima Penasihat British

(b) Menyoal mengenai kesan sesuatu peristiwa sejarah

Pada tahun 1819 Siam mengarahkan Kedah menyerang Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada kerajaan Perak?

I Perak menjadi jajahan Siam
II Sultan Perak dipaksa turun takhta
III Perak menghantar bunga emas ke Siam setiap tahun
IV Perak membenarkan Siam memonopoli perdagangan bijih timah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV




(c) Menyoal mengenai ciri-ciri, matlamat dan tugas sesuatu perkara atau organisasi

Antara berikut yang manakah tugas Hakim Mahkamah Anak Negeri semasa Syarikat Borneo Utara British memerintah Sabah pada abad ke-19?

I Mengendalikan hukum adat
II Mengendalikan orang tempatan
III Menyelaraskan undang-undang Barat
IV Mengendalikan undang-undang sivil

A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

(d) Menyoal mengenai sumbangan tokoh

Sir Gerald Templer

Apakah sumbangan tokoh di atas dalam sejarah Tanah Melayu?

I Memupuk perpaduan kaum
II Menentang ancaman komunis
III Menentang gagasan Malayan Union
IV Menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

(e) Menyoal mengenai perjanjian penting dalam sejarah

Pada tahun 1879 – 1909 British menandatangani beberapa penjanjian dengan Siam. Mengapa?

A Memelihara kedaulatan Siam
B Membantu mengukuhkan pertahanan Siam
C Menghalang campur tangan kuasa Barat lain
D Menghalang peperangan antara Siam dengan Kedah

(f) Menyoal sesuatu peristiwa sejarah secara langsung

Apakah isu hangat dalam Persidangan Durbar Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903?

A Kehilangan kuasa Residen
B Kemerdekaan Tanah Melayu
C Pengenalan syarat kerakyatan
D Pemusatan kuasa ditangan Residen Jeneral

(g) Menyoal persamaan atau perbezaan sesuatu peristiwa, tokoh, organisasi, judul karya sastera atau perkaitan sejarah.

· UNKO
· USNO
· Pasok Momogun.

Apakah persamaan pertubuhan di atas?

A Menyertai gerakan antipenyerahan
B Menggubal perlembagaan Malaysia
C Menentang pembentukan persekutuan Malaysia
D Muncul selepas pengumuman pembentukan Malaysia

PENGGUNAAN BPG DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN III SECARA BERSEPADU
1. Latar belakang penulis (biografi)
2. Kepentingan penulisan
3. Pengalaman penulis (semasa menulis buku ini)
4. Sumber yang dirujuk
5. Respon murid terhadap bahan yang ditulis – korelasi
6. Kepentingan subjek
7. Aspek penting dalam buku teks
8. Aplikasi aras dalam HSP
9. Isu-isu semasa dan penyelesaian
10. Strategi penggunaan buku teks

- Guru mesti menguasai ilmu pedagogi Sejarah yang mantap seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Kemahiran Berkir, Teori Kecerdasan Pelbagai dan kemahiran ICT
- KPS bertujuan mencapai tiga perkara dasar iaitu a) penjelasan sejarah b) pemahaman sejarah dan c) empati
- KPS merangkumi beberapa kemahiran seperti a) memahami kronologi b) meneroka bukti

c) membuat interpretasi d) membuat imaginasi e) membuat rasionalisasi
- Contoh yang dipilih : mana-mana bab dalam buku teks Sejarah Tingkatan III



11. Mengapa guru mesti menggunakan buku teks sebagai teras ?
12. Pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
13. Pengurusan dan pembahagian masa dalam pengajaran
14. Apakah ciri keistimewaan Buku Teks Sejarah Tingkatan III ?
15. Contoh P & P bagi topik tertentu ‘micro teaching’

Panitia Sejarah 2007

  1. HASNAH BT ISHAK – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – SEJARAH, B. MALAYU – 28 TAHUN
  2. WAN NORIZAN BT WAN AHMAD – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – B. MELAYU, SEJARAH – 13 TAHUN
  3. SUZANA BT MAT DIN – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – PENGAJIAN MELAYU – 9 TAHUN
  4. NANG CHEN DA A/P EH REN – BA ED. (HONS) – BA ED (HONS) – GEOGRAFI, SEJARAH – 12 TAHUN \
  5. SARIMAH BT SALEH – BA (HONS) – DIP.PENDIDIKAN – B. MELAYU – 19 TAHUN
  6. SITI FATIMAH BT MAHMUD – BA – DIP. PENDIDIKAN – SEJARAH – 10 TAHUN
  7. NUR TASNAIM TEOH ABDULLAH – BA (HONS) – DIP.PENDIDIKAN – PENGAJIAN MELAYU, SEJARAH – 14 TAHUN
  8. NOR ZAIRINA MD. SAID – B. ED. TESL – ENGLISH – ENGLISH – 9 TAHUN
  9. ROSLE B. AHMAD – BED – BED SIJIL PERGURUAN – SEJARAH – 9 TAHUN
  10. ROSLINA BT DERAMAN – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – SEJARAH – 10 TAHUN
  11. WARDAH BT MOHD YASIN – BA (HONS ) – DIP. PENDIDIKAN – B. MELAYU, SASTERA – 11 TAHUN
  12. JAMILAH BT AB AZIZ – SYARIAH B.(HONS) – DIP. PENDIDIKAN – PEND. ISLAM – 12 TAHUN
  13. RONIZA BT MA’ SOD – BP (PBMP) – BP(PBMP) – B. MELAYU , KESUSASTERAAN MELAYU – 9 TAHUN.
  14. MAHASHELA BT MAHADHIR – M.A. (ENG. LANGUAGE) – BAC. PEND. TESL – BAHASA INGGERIS , SATERA INGGERIS – 10 TAHUN
  15. RAFIZAH BT. MD. TERASID – B. ED. (TESL) HONS. – B.ED (TESL) HONS – BAHASA INGGERIS – 8 TAHUN
  16. ROFEAH BT MOHAMAD – BA (HONS) – DIP.PENDIDIKAN – SASTERA, B. MELAYU – 14 TAHUN
  17. ROSNANI BT YUNUS – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – B. MELAYU, SEJARAH – 16 TAHUN
  18. MURUGAN A/L VENGIDASALAM – BA. (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – SEJARAH – 7 TAHUN
  19. YUSNIDA BT CHE MAN – BA (HONS) – DIP. PENDIDIKAN – PENDIDIKAN ISLAM – 10 TAHUN
  20. ZALINA SULONG – BA (HONS ) – DIP. PENDIDIKAN – PEND. ISLAM , SEJARAH – 10 TAHUN
  21. ZALINA BT HAMZAH – B. HSC – DIP. PENDIDIKAN – B. MELAYU, SEJARAH – 8 TAHUN
  22. CHIN KUANG TIU - MASTER SAINS PENTADBIRAN PENDIDIKAN - SEJARAH - EKONOMI - 14 TAHUN.

Monday, July 30, 2007

Konsep-konsep Sejarah (3)

Pelabuhan entrepot
----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.

Mulaqah
----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama Melaka

Malakat
----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’

Syahbandar
----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.

Cukai rasmi
----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.

Cukai tidak rasmi
----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.

Surat kebenaran
----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.

Nakhoda
----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.

Kiwi
----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.

Bendahara
----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.

Bendahari
----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.

Laksamana
----Ketua angkatan laut Melaka.

Temenggung
----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)

Lingua Franca
Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka

Perang tiga segi
----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.

Sogit
----Sejenis hukuman
----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

Babas
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.

Kapanasan
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.

Rumah Panjang
----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.
----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.
----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan
----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.
----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.
----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:
--Tarian Sumazau.
--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).
----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.

Tuai Rumah
----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang
----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.
----Peranan:
--Menjaga keamanan di kawasannya.
--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.
--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

Perayaan Kaul
----Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak.
----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’.
----Disambut bagi menandakan:
--Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau
-- Berakhirnya musim hujan.

Hari Gawai
----Disambut oleh orang Iban.
----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya:
--Gawai Batu
--Gawai Kenyalang atau Gawai Antu.
----Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh.
----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat.
----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai.
----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.


SURAT KEW
--Dikeluarkan pada tahun 1795
--Kandungan
- British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan

KONVENSYEN LONDON
--Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814
--British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki
--Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818.

NEGERI-NEGERI SELAT
--Bermula pada tahun 1826
--Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran.
--Pentadbiran
- Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri.
- Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri.
--Ibu Negeri
- 1826-Pulau Pinang
- 1832-Singapura-
-1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Diketuai oleh Gabenor.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN
--Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.
--Kesan
--Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang.

DASAR CAMPUR TANGAN
--1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.
--Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang.
--Faktor-faktor:-
-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah.
- British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain.
- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat.

RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu.
--Tugas-tugas
- Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam
- Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai.
- Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan.

DURBAR
--Persidangan Raja-raja Melayu
--Anggota
4 orang Raja Melayu
4 orang Residen dan Residen Jeneral1897
- Durbar yang pertama di Kuala Kangsar.
- Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903
- Durbar kedua di Kuala Lumpur.
- Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909
- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
--Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896
--Dicadangkan oleh Frank Swettenham.
--Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan.
--Ketua-Residen Jeneral
--Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur
--Tujuan
- Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu.
- Untuk menyelaraskan system pentadbiran
- Untuk menjimatkan kos pentadbiran
- Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang
- Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang.

--Kesan
- Perkhidmatan pakar dikongsi bersama
- Wujud kerjasama antara negeri.
- Pelaburan asing bertambah.
- Pendapatan Persekutuan bertambah

MAJLIS NEGERI SARAWAK
Tujuan
--Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar.
--Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke
--Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan
- Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867
-Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu
- Kekal sehingga 1941
- Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap

SISTEM PEWARISAN TAKHTA
Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu


Sekolah Latihan
• Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri.

Bunga Emas
• Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri
• Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909

Hak Wilayah Asingan
• Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
• Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu.

Sistem Kangcu
• Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’
• Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di Johor

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Negeri-negeri di bawah naungan British
• Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan

Buruh Kontrak
• Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian.
• Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai

Sistem Ibedem
• Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’

Rancangan Sekatan Stevenson
• Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya
• Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Getah Perca
• Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan

Sistem Kangani
• System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu

Semanagat Kebangsaan
• Perasaan cintakan negara dan tanah air.

Kaum Muda
• Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis
• Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam
• Memodenkan fikiran umat islam supaya maju

Kaum Tua
• Golongan yang menentang idea kaum muda.
• Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini
• Berpegang kuat kepada adat dan agama.

Konsep-konsep penting Sejarah (2)

Kaedah Lisan
Maksud
• Sesuatu yang diucapkan / diberitahuContoh
• Hasil temu bual• Ucapan yang dirakamkan
Kelamahan
• Sering dipengaruhi oleh cirri-ciri tokok tambah, dongeng, mitos, dan lagendaKaedah Bertulis
Maksud
• Catatan pengalaman / peristiwa penting yang dialami oleh
• manusia

Contoh
• Lukisan / tulisan yang dilakarkan di atas batu / dinding gua
• Batu Bersurat, Catatan Pelayaran Ibnu Batutta, Catatan Pelayaran Munsyi Abdullah, Surat Perjanjian Pangkor 1874 dan Laporan Banci Penduduk

Kebaikan
• Membantu ahli sejarah membuat kajian tentang kehidupan
• masyarakat masa lalu dengan lebih jelas dan tepatKaedah Arkeologi

Maksud
• Kesan peninggalan masyarakat masa lampau
Contoh
• Tapak Bandar Kedah Tua, Candi Lembah Bujang, monumen, fosil/artifak

Kaedah
• Ahli arkeologi akan membuat kajian saintifik ke atas bahan itu dan mentafsirnya

Fakta Sejarah
Cara merekod
• Kalendar untuk merekod hari, minggu, bulan, dan tahun
• Jam untuk merekod saat, minit, dan jam

Contoh • Kurun - seratus tahun, abad
• Zaman – jangka waktu yang agak lama
• Abad – masa seratus tahun, kurun
• Dekad – jangka masa sepuluh tahun

Hijrah – tahun yang dikira dari tarikh hijrah
Tafsiran
Maksud
• Ulasan atau kupasan terhadap sesuatu perkara
Persamaan
• Maklumat, bila ia berlaku, tempat ia berlaku, dan siapa yang terbabit
Pandangan
• Dato’ Maharaja Lela,Tok Janggut dan Dato’ Bahaman menentang penindasan oleh penjajah British di negara ini.

- Sejarawan Barat : tokoh-tokoh tersebut adalah penjajah British
- Sejarawan Tempatan : tokoh-tokoh tersebut adalah pejuang tanah air

Zaman Paleolitik
Nama lain
• Zaman Batu Awal Petempatanawal
• 35,000 tahun dahulu - Kota Tampan (Perak) - Gua Niah (Sarawak) - Tingkayu (Sabah)Kediaman utama
• Dalam gua batu kapur
Kemahiran
Menggunakan dan mencipta alat-alat daripada batu untuk memburu binatang dan mempertahankan diri

Zaman Mesolitik
Nama lain
• Zaman Batu PertengahanPetempatan awal
• Banyak kawasan ditenggelami air
• Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu mula wujud -
Gua Musang (Kelantan)
- Gua Kecil (Pahang)
- Gua Kepah (Kedah)
- Gua Madai (Sabah)

Kemahiran
• Mengguna alat-alat batu yang lebih baik buatannya berbanding orang zaman paleolitik
• Memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan bercucuk tanam

Zaman Neolitik
Nama lain
• Zaman Batu Baru Petempatan awal
• Gua Cha (Kelantan)
• Gua Kelawar (Perak)
• Bukit Tengkorak (Sabah)
Kemahiran
• Mencipta alat tembikar dihiasi dengan ukiran tertentu
• Mahir dlm berinteraksi sesama sendiri melalui jalan air jalan darat

Zaman Logam
Nama lain
• Zaman Gangsa – BesiPetempatan awal
• 2,500 tahun dahulu
- Sg. Tembeling (Pahang)
- Batu Buruk (Terengganu)
- Pagoh (Johor)

Kemahiran
• Mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam seperti loceng gangsa
• Mula menjalankan kegiatan perdagangan antara kawasan

Konsep-konsep penting Sejarah 1

Sejarah
Maksud
• Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau - Kamus Dewan –• Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya – Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) –
• sejarah membawa kita mengenali jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepasa negara - Prof. Dato’ Dr. Muhammad Yusuff Hashim (ahli sejarah) -

Faedah
• Melahirkan masyarakat yang memahami dan mengenali bangsa
• Melahirkan rasa bangga dan cintakan negara
• Menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan
• Mendorong ke arah kemajuan dan kejayan
• Menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara
• Mencontohi kejayaan bangsa dan negara yang telah maju

Sumber Pertama
• Sumber Primer-bahan asal yang pertama / yang utama
• Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan / penulis lain
Sumber
• Gambar, peta, manuskrip, majalah sezaman, surat khabar sezaman, artifak, fosil, karya asal, dan orang sumber yang terlibat secara langsung
• Tulisan (bahan rasmi, umum, persendirian)• Lisan (rasmi, tidak rasmi)• Pembuatan (artifak, tanah, arkeologi)

Sumber Kedua
• Sumber Sekunde – bahan yang kedua / tidak lagi utama
• Sumber pertama yang telah diolah oleh sejarawan / penulis lain.

Sumber
• Buku ensiklopedia, surat khabar, dan majalah
• Tulisan, lisan, dokumentari

Sunday, July 22, 2007

Strategi Belajar Sejarah

STRATEGI BELAJAR SEJARAH MENGGUNAKAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN III

Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. Guru dan calon PMR perlu memahami
tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:

1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)
1.3. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan.

Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks). Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon.

Kaedah yang digunakan ialah kaedah

SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.

Tinjau

Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:

a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan
untuk mengulangkaji buku inib) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaanc) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu

Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. Tingkatan III. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6. Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air Tema 6 : Pembentukan Persekutuan MalaysiaTema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu:

Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah
Bab 7: Malaysia yang Berdaulat

Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh

Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu

Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan

Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calonGrafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan

Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan

Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab

Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.

TanyaKebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari.

Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa ? = Peristiwa Sejarah
Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah
Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah

Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.

Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.

Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang
sudah diingat.

Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.

Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR

Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu
membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR.

Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:

Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab
1 Konsep / istilah sejarah
2 Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan3 Kesan peristiwa sejarah
3 Kronologi / urutan peristiwa
4 Tokoh dalam sejarah
5 Perjanjian penting dalam sejarah
6 Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7 Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah

Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah.

Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa,
puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan.

( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.
Contohnya takrif kata ‘feudal’, ‘imperialis’ (hlm : 87), ‘kader’, ‘kegiatan PKM’ (hlm : 88), ‘Baju Hijau’, ‘Home Guard’, ‘Special Constable’ (hlm : 93), ‘Min Yuen’, ‘Rancangan Briggs’, ‘Kampung Baru’, (hlm : 94), ‘Gerakan Kelaparan’, (hlm : 95), ‘Perang Saraf’ (hlm : 98), ‘Kawasan Hitam’, ‘Kawasan Putih’, ‘Perintah Berkurung’ (hlm : 100), ‘Pertemuan Baling’, (hlm : 104), dan ‘Community Liaison Committee’ (CLC) . Rujuk takrif kata yang disediakan.

Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah.

Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.

( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah.

Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau.

Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.

Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar
kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman.

Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.

( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya.

Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan
pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain.

Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.

( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik

Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.

( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan.

Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti

a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda.

Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun.

Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR.

( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah

Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid.

Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.

Contohnya:
‘Penubuhan pasukan ‘Home Guard’ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.’

Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai.

Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks. Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR 2005, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga.

Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Akhir kata, Selamat Belajar.

Friday, July 6, 2007







Panitia Sejarah SMK Engku HUsain 2007

Diketuai oleh Ketua Bidang Kemanusiaan

Dianggotai oleh guru-guru Sejarah sesi pagi dan petang